Iklan Innity Mengandungi Malware?

Iklan Innity Mengandungi Malware?

Diterbitkan pada Sep 20, 2010 oleh .

Sejak lebih kurang pukul 9 malam kelmarin (19 September 2010) kebanyakkan laman web yang menggunakan Innity untuk memperlihatkan iklan menghadapi masalah untuk dilayari kerana Google mengenal-pasti yang mana Innity menghoskan malware pada laman mereka.


Amaran Yang Di Perlihatkan Pada Pelayar Web [via]

Bagi yang menggunakan pelayar web Google Chrome dan juga Mozilla Firefox, amaran ini akan diperlihatkan secara automatik. Perkara ini telah pun diketahui oleh pihak Innity, dan buat masa ini, sementara mereka menyelesaikan masalah tersebut, ianya dinasihatkan agar para pengguna membuang sebentar kod iklan Innity diblog masing-masing.


Perkara Ini Turut Membawa Kepada Masalah SEO Serta Di Labelkan Oleh Google Sebagai Tidak Selamat

Sebelum ini, laman TV3 turut pernah menghadapi masalah seumpamanya, sebelum kod iklan dibuang untuk memudahkan para pengguna mengakses laman mereka kembali.

Kemaskini

(20 September 2010) Isu ini telah pun diselesaikan, dan semua laman telah boleh diakses seperti biasa.


TIPS & ULASAN