Maxis Bakal Melancarkan 1Store

Maxis Bakal Melancarkan 1Store

Diterbitkan pada Sep 20, 2010 oleh .

Ingatkah lagi dengan Maxis 1Store yang pernah diperlihatkan dulu oleh mereka. Kini, secara rasminya Maxis bakal melancarkan perkhidmatan mereka kepada umum, yang mana melaluinya ianya akan membolehkan para pengguna untuk melihat dan membeli kandngan dan aplikasi yang boleh dimuat-turun terus ke perantian mudah-alih.


Maxis Memudahkan Pembangun Memasarkan Aplikasi Mereka Melalui 1Store

Selain daripada memudahkan para pengguna untuk menemui aplikasi dan kandungan berguna untuk mereka, ianya juga turut menyediakan sebuah platform mudah untuk para pembangun dalam membangunkan aplikasi untuk para pengguna tempatan mahupun antarabangsa.

Sebelum ini, Maxis pernah memperlihatkan Maxis 1Store pada 30 Jun 2009, dan kini mereka sudah bersedia untuk pelancaran rasminya pada hari Rabu ini. Pelbagai informasi menarik berkaitan dengannya akan dikemaskini selepas pengumuman rasmi pada hari Rabu kelak.


TIPS & ULASAN