Carian
Maxis Memperlihatkan Pelan dan Pakej iPhone 4
September 20, 2010 Aman

Walaupun belum lagi dilancarkan secara rasminya di Malaysia, Maxis melangkah awal dengan memperlihatkan pakej dan pelan yang bakal ditawarkan oleh mereka. Seperti yang diura-urakan sebelum ini, harga jualan untuk iPhone 4 32Gb adalah RM2,690 dan RM2,290 untuk 16Gb.

Namun begitu, sekiranya anda membeli dengan kontrak di bawah Maxis, anda boleh mendapatkannya pada kadar yang lebih murah lagi, dan semestinya perlu mengguna-pakai rangkaian Maxis untuk iPhone 4 anda.


Pakej dan Pelan Yang Di Tawarkan Oleh Maxis

iPhone 4 akan mula dijual di 5 Maxis Centre (KLCC, Pavillion, MidValley Gardens, TTDI dan juga Sunway Pyramid) di sekitar Lembah Klang pada 26 September ini, dan di bahagian lain mulai 27 September kelak. Selain daripada itu, Maxis juga turut menawarkan naik-taraf kontrak untuk pengguna Maxis sedia ada memiliki iPhone 4 ini.

Buat masa ini, DiGi masih lagi belum mengumumkan pakej dan pelan yang bakal ditawarkan oleh mereka. Namun begitu, memandangkan Maxis telah mula memperlihatkan pakej mereka terlebih dahulu, berkemungkinan besar, DiGi sedang menyiapkan sesuatu yang istimewa untuk para penggunanya. Sama-sama kita nantikannya.

Komen