Celcom Memperkenalkan Mikro-SIM

Celcom Memperkenalkan Mikro-SIM

Diterbitkan pada Sep 21, 2010 oleh .

Setelah Maxis dan DiGi memperkenalkan mikro-SIM, kini Celcom pula memperkenalkan mikro-SIM mereka yang mana boleh didapati daripada semua cawangan Celcom dan BlueCube mulai bulan Oktober kelak dengan caj bayaran hanya RM10. Seperti sedia maklum, buat masa ini, hanya iPhone 4 dan iPad 3G mengguna-pakai mikro-SIM.

Dengan teknologi yang berubah dengan pantas, Celcom tidak ingin ketinggalan dan turut sama memperkenalkan mikro-SIM kepada para penggunanya. Sebelum ini, ianya agak sukar untuk para pengguna Celcom yang ingin menggunakan iPad 3G mahupun iPhone 4 memandangkan mereka terpaksa mengambil risiko dengan mengubah-suai sendiri kad SIM mereka untuk menjadi mikro-SIM.

Celcom Mikro Sim
Mikro-SIM DIY Celcom [via]

Selain daripada pengenalan mikro-SIM, pada masa yang sama juga, kini ianya diura-urakan yang mana Celcom turut sama akan menyertai DiGi dan Maxis dalam membawa masuk telefon pintar, iPhone 4 ke Malaysia. Namun ianya masih lagi tidak begitu pasti, memandangkan stok semasa iPhone 4 untuk Maxis dan DiGi masih pada kadar tidak mencukupi.


TIPS & ULASAN