iPhone 4 Daripada DiGi Pada 24 September?

iPhone 4 Daripada DiGi Pada 24 September?

Diterbitkan pada Sep 21, 2010 oleh .

Setelah Maxis mengumumkan yang mana mereka bakal melancarkan iPhone 4 pada 24 September, kini DiGi juga dijangka akan melancarkan iPhone 4 pada hari sama, dan telah pun mula memberikan beberapa klue pada profail Facebook mereka. Namun begitu, masih tiada sebarang pengumuman berkaitan pakej mereka sehingga kini.

Melalui profail Facebook DiGi, mereka memperlihatkan satu gambar yang mana mengandungi empat buah epal (Apple iPhone 4), seekor kambing (coming), dan tarikh 24/09/10. DiGi dijangka akan melancarkan iPhone 4 mereka di 1Utama, dan telah pun tempah lokasi di 1Utama untuk 22 September hingga 26 September ini.

Sama seperti iklan mereka sebelum-sebelum ini, DiGi teruskan tradisi memperlihatkan iklan-iklan kreatif mereka, dan ramai yang menantikan tawaran daripada DiGi terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli iPhone 4 di Malaysia.

Kredit : SoyaCincau


TIPS & ULASAN