Tidak cukup dengan persaingan sedia ada dalam industri pemendek URL, kini, syarikat antivirus dan sekuriti yang mana baru-baru ini telah dibeli oleh Intel, McAfee turut sama memperkenalkan pemendek URL versi mereka dengan nama domain McAf.ee. Buat masa ini, ianya masih lagi dalam peringkat beta.
McAfee melancarkan pemendek URL mereka tersendiri, yang membolehkan para pengguna mengubah URL laman yang panjang ke sesuatu yang pendek dan ringkas serta disahkan selamat untuk dilayari. Ini bermakna, anda boleh klik pada pemendek URL mereka dengan yakin yang mana setiap URL-nya selamat untuk dilayari dan tidak mengandungi sebarang malware.
Bar Besar Pada Bahagian Atas Laman Di Perlihatkan McAf.ee
Namun begitu, suatu perkara yang tidak menarik adalah kerana ianya memaparkan sebuah bar yang besar di bahagian atas sesuatu laman yang mengatakannya selamat untuk dilayari. Ianya sekaligus menjadikan ianya tidak berapa menarik untuk dilayari. Mungkin ramai pengguna tidak akan menggunakannya kerana bar yang diperlihatkan oleh McAfee.