Cari @ Amanz

Hari ini, beberapa perubahan mikro dapat dilihat pada laman Facebook, dimana susunan kategori pihak ketiga dihalaman utamanya ditambah dengan tab Games, memperlihatkan pelbagai permainan Facebook pada satu tab dengan mudah. Selain daripada itu, beberapa perubahan mikro turut diperkenalkan.

Tab Games Pada Facebook
Tab Games Pada Facebook

Walaupun ianya tidak membawa suatu perubahan yang besar, namun begitu, ianya dapat dilihat yang mana Facebook turut memberi keutamaan kepada permainan sekarang ini. Perkara ini dapat dikukuhkan lagi dengan adanya lebih 200 juta pemain yang bermain permainan di Facebook setiap bulan.

Pada masa yang sama, sekiranya anda tidak begitu gemar bermain permainan di Facebook, satu berita gembira kepada anda adalah dimana kini bilangan spam akan berkurangan secara drastik, memandangkan segala info berkaitan dengannya dikategorikan dibawah tab Games di Facebook.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd