DiGi Bakal Melancarkan iPhone 4 Lebih Awal

DiGi Bakal Melancarkan iPhone 4 Lebih Awal

Diterbitkan pada Sep 22, 2010 oleh .

Setelah memperlihatkan pelbagai klue sebelum ini, kini ianya disahkan yang mana DiGi bakal mengadakan sidang media mereka berkaitan iPhone 4, 6 jam lebih awal daripada Maxis, iaitu esok, 23 September 2010 pada pukul 6 petang. Pelan dan pakej daripada DiGi dijangka akan diperlihatkan pada masa yang sama.

DiGi iPhone 4

Walaubagaimanapun, iPhone 4 dijangka akan boleh mula didapati daripada DiGi pada 24 September 2010 di One Utama dan juga melalui Pusat DiGi di beberapa lokasi di sekitar Malaysia. Buat masa ini, harga untuk pakej dan pelan iPhone 4 daripada DiGi masih lagi belum diketahui. Info selanjutnya akan menyusul.


TIPS & ULASAN