iPhone 5 Bakal Menyokong Teknologi LTE

iPhone 5 Bakal Menyokong Teknologi LTE

Diterbitkan pada Sep 22, 2010 oleh .

Lupakan sebentar berkenaan dengan iPhone 4. Kini, pelbagai ura-ura telah pun muncul berkaitan dengan iPhone 5 yang mana mengatakan iPhone 5 bakal menjadi telefon pintar Apple pertama yang menyokong sepenuhnya teknologi 4G LTE melalui modem dwi-chip.

Ianya dipercayai yang mana Qualcomm akan menjadi pengeluar modem untuk iPhone 5 kelak. Melalui modem dwi-chip kelak, ianya bakal membolehkan Apple mengeluarkan produk 3G dan 4G. Pada masa yang sama, kini banyak syarikat telekomunikasi telah pun menguji rangkaian LTE dan dijangka akan memperkenalkannya tidak lama lagi.

Selain daripada iPhone 5, ianya juga dikatakan yang mana Apple bakal memperkenalkan iPad generasi kedua mereka dengan skrin seluas 7-inch dan juga kamera depan-belakang. Ianya dijangka yang mana iPad generasi kedua ini bakal diperkenalkan pada awal tahun 2011 kelak.


TIPS & ULASAN