Ikuti Segalanya Berkaitan Google Melalui Google New

Ikuti Segalanya Berkaitan Google Melalui Google New

Diterbitkan pada Sep 23, 2010 oleh .

Seperti sedia maklum, Google mempunyai lebih daripada 100 blog yang mana setiap satunya tertumpu kepada suatu produk yang spesifik, sekaligus menyukarkan para pengguna untuk mengikuti mereka. Untuk memudahkannya, kini Google memperkenalkan Google New.

Melalui Google New, Google menyediakan sebuah laman khas dimana ianya memperlihatkan pelbagai berita dan produk terkini Google daripada pelbagai blog syarikat mereka. Ianya sekaligus memudahkan para pengguna untuk mengikuti apa yang sedang dilakukan oleh Google dengan lebih mudah.

Walaupun ianya bukanlah sesuatu yang besar, namun begitu, kini anda boleh mengikuti pelbagai perkembangan berkaitan Google – daripada Chrome kepada YouTube, Picasa dan sebagainya hanya dengan melihat satu halaman. Menarik bukan?


TIPS & ULASAN