Carian
Maxis Melancarkan Maxis 1Store
September 23, 2010 Aman

Seperti yang diperkatakan, Maxis Berhad telah pun melancarkan Maxis 1Store secara rasminya, sekaligus menjadikannya kedai aplikasi tempatan yang pertama di Malaysia, menawarkan lebih 1,200 aplikasi kepada para pengguna.


Maxis Melancarkan Maxis 1Store

Pada masa yang sama, Maxis 1Store juga turut membolehkan para pembangun kandungan multimedia tempatan untuk terus membangunkan aplikasi dan menjual serta mengedarnya kepada pengguna melaluinya. Melalui Maxis 1Store, ianya membolehkan para pengguna dan pembangun aplikasi bertemu di satu tempat.

Bagi para pengguna yang ingin memuat-turun aplikasi untuk perantian mudah alih, anda boleh berbuat demikian dengan mendaftarkan diri pada 1Store, dan seterusnya memilih aplikasi yang anda gemari, seterusnya muat-turun ke perantian mudah-alih dengan mudah.

Komen