DiGi Melancarkan iPhone 4

DiGi Melancarkan iPhone 4

Diterbitkan pada Sep 23, 2010 oleh .

Setelah dinantikan, kini DiGi mengambil langkah awal dengan melancarkan telefon pintar terkini daripada Apple, iaitu iPhone 4, sekaligus memperlihatkan pakej mereka pada harga serendah RM58 selepas rebat sebanyak RM5 untuk auto-billing.


DiGi Melancarkan iPhone 4 [via]

Selain daripada itu, DiGi turut menawarkan rebat sebanyak RM100 untuk sebarang telefon bimbit yang dibawa oleh anda kepada lokasi karnival mereka pada penghujung minggu ini. Selain daripada itu, sekiranya anda pengguna talian selain DiGi, dan ingin mengguna-pakai DiGi bersama iPhone 4, anda akan menerima keistimewaan dengan menerima telefon pintar anda pada ketika anda mendaftarkan diri untuk pakej tersebut, tanpa perlu tunggu lagi.


Pelan DiGi Untuk iPhone 4

Walaupun telah dilancarkan hari ini, iPhone 4 akan hanya dijual oleh DiGi mulai esok, 24 September 2010 di lebih 45 cawangan di seluruh negara. Pada masa yang sama, DiGi turut mengumumkan yang mana kini DiGi Turbo 3G turut meliputi beberapa kawasan baru, termasuk Johor Baharu, Miri, Alor Setar, Taiping, Kampar dan juga Kuantan.

TIPS & ULASAN