Maxis Melancarkan iPhone 4

Maxis Melancarkan iPhone 4

Diterbitkan pada Sep 24, 2010 oleh .

Seperti yang dinantikan, Maxis telah pun melancarkan iPhone 4 mereka secara rasminya pada hari ini, sekaligus membolehkan para pengguna membeli dan memilikinya. Maxis menawarkan iPhone 4 pada harga RM2290 untuk iPhone 4 16GB manakala RM2690 untuk iPhone 4 32GB.


Pakej iPhone Daripada Maxis

Maxis juga menawarkan para pelanggannya kebolehan untuk menaik-taraf kontrak sedia ada mereka dengan mengemaskininya kepada iPhone 4. Untuk mengetahui sama-ada anda layak ataupun tidak, anda hanya perlu hantarkan SMS ringkas dengan teks UPGRADE kepada 2082.

Para pengguna juga turut boleh mendapatkan iPhone 4 daripada Maxis tanpa sebarang pakej, dan hanya membeli telefon pintar iPhone 4 sahaja. Bagi para pengguna yang berminat, mereka boleh mendapatkan iPhone 4 daripada Maxis daripada 5 lokasi mulai esok, iaitu di Maxis Centre KLCC, Pavillion, MidValley Gardens, TTDI dan juga Sunway Pyramid.


TIPS & ULASAN