Selain daripada perubahan antaramuka pada Twitter, kini beberapa laporan mengatakan yang mana Twitter turut sama akan memperkenalkan aplikasi statistik percuma yang diintegrasikan pada Twitter, sekaligus membolehkan para pengguna mengikuti segala perkembangan dan data berkaitannya dengan mudah.
Ianya sudah pun mula diuji, dan dijangka akan diperkenalkan secara berperingkat kepada para pengguna. Buat masa ini, ianya masih lagi belum diketahui mengenai tarikh nyata bila manakah Twitter akan memperkenalkannya, namun ianya dijangka pada penghujung tahun ini.
Fungsi statistik pada Twitter telah pun diura-urakan sejak dari dahulu lagi, namun ianya diperkatakan yang mana ianya akan menjadi salah satu cara untuk Twitter menjana duit daripada Twitter. Tetapi, dengan pengumuman yang mengatakan ianya akan diperkenalkan secara percuma mengejutkan ramai pihak.