RIM Memperkenalkan BlackBerry PlayBook

RIM Memperkenalkan BlackBerry PlayBook

Diterbitkan pada Sep 28, 2010 oleh .

Setelah sekian lama diura-urakan, kini RIM secara rasminya telah pun memperkenalkan pesaing kepada iPad, iaitu Blackberry PlayBook yang mana didatangkan dengan pelbagai fungsi baru pada tablet Blackberry dengan keluasan skrin 7″ serta fungsi srkin sentuh penuh.

Pada masa yang sama. Blackberry PlayBook menetapkan tahap prestasi yang baru dengan memperkenalkan prosesor 1GHz Dual-Core pada tablet mereka, serta sistem operasi BlackBerry Tablet OS yang menyokong multi-process symmetrik. Dengan kedua-dua perkara ini, ianya membolehkan para pengguna menggunakan fungsi multi-tasking sebenar dengan masa respon yang amat tinggi.

Pada masa yang sama, menariknya, BlackBerry PlayBook turut menyokong Adobe Flash dan juga Adobe Mobile Air, selain HTML5. Ini sekaligus membolehkan para penggunanya menggunakan tablet mereka ke tahap maksimum, selain melayari laman web dan menonton video dengan mudah di web.

BlackBerry Playbook turut didatangkan bersama-sama dengan kamera HD yang memudahkan anda merakam vdeo atau bersembang dengan rakan dengan mudah. Dan, sekiranya anda adalah seorang pengguna BlackBerry, anda boleh mengintegrasikan telefon pintar anda itu pada tablet PlayBook dengan mudah. Ini sekaligus memudahkan segala perkara tanpa perlu membuat sebarang salinan dokumen untuk digunakan pada perantian lain.

BlackBerry PlayBook didatangkan dengan 1GB Ram, dwi-kamera (3MP untuk kamera hadapan, 5Mp dibelakang), sokongan video HD, WiFi dan Bluetooth. RIM dijangka akan memperkenalkan model 3G dan 4G dalam masa akan datang. Ianya dijangka akan dijual di pasaran antarabangsa mulai suku tahun kedua 2011.


TIPS & ULASAN