MicroThe.me – Tema Berbayar Untuk Blog-Mikro

MicroThe.me – Tema Berbayar Untuk Blog-Mikro

Diterbitkan pada Sep 28, 2010 oleh .

Jikalau KreativeThemes, LiteThemes dan ThemeBaker masing-masing menyediakan servis tema berbayar untuk platform WordPress, kini MicroThe.me yang dibangunkan oleh Syazwan dan Wafiq memperkenalkan perkhidmatan lebih kurang serupa untuk platform Tumblr dan Posterous.

MicroTheme memilih Tumblr dan Posterous memandangkan kadar penggunaan mikro-blog yang kian meningkat dari hari ke hari. Walaubagaimanapun, buat tema pertama ini, mereka akan memperkenalkannya untuk platform Tumblr terlebih dahulu tidak lama lagi. Tema pertama mereka dikenali sebagai Prominent, dan sudah pun mencapai fasa terakhir pembangunan, dan dijangka akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Laman MicroTheme juga dalam fasa pembangunan dan akan dilancarkan tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN