WordPress.com Kini Menjana Windows Live Spaces

WordPress.com Kini Menjana Windows Live Spaces

Diterbitkan pada Sep 28, 2010 oleh .

Microsoft telah pun mengumumkan kerjasama bersama dengan Automattic, dimana melaluinya, ianya bakal memudahkan para pengguna Windows Live Spaces yang berjumlah lebih 30 juta pengguna aktif untuk beralih ke platform WordPress.com dengan mudah.

Langkah pemindahan para penggunanya ke WordPress.com telah diambil oleh Microsoft memandangkan platform WordPress dapat memenuhi permintaan para penggunanya. Buat masa ini, hampir 8.5% daripada seluruh web di internet di jana oleh WordPress. WordPress.com sendiri dilayari oleh lebih 250 juta pengguna setiap bulan.

Windows Live Spaces dijangka akan ditutup secara rasminya pada bulan Mac 2011, dan untuk mengelakkan para penggunanya kehilangan artikel mereka, Microsoft sudah menawarkan kebolehan untuk berpindah ke platform WordPress.com. Selain daripada itu, sekiranya pengguna baru memilih untuk membuat akaun Live Site yang baru, mereka akan dibawa ke halaman WordPress.com, namun blog tersebut tetap akan dipaparkan pada akaun Live mereka.


TIPS & ULASAN