TechCrunch Di Ambil-Alih Oleh AOL

TechCrunch Di Ambil-Alih Oleh AOL

Diterbitkan pada Sep 30, 2010 oleh .

Awal minggu ini, AOL secara rasminya telah pun membeli laman blog teknologi terkemuka di dunia, TechCrunch dan juga rangkaian blog dibawahnya yang mana dahulunya dimulakan oleh Michael Arrington 5 tahun yang lalu. Harga akhir yang dibayar oleh AOL masih tidak diberitahu kepada umum secara rasminya, namun ianya dikatakan antara $25 hingga $60 juta.

Pengambil-alihan ini juga menimbulkan pelbagai pertanyaan oleh pelbagai pihak. Melalui pengambil-alihan ini, Michael Arrington masih akan terus bekerja menjaga TechCrunch untuk lebih kurang 3 tahun akan datang, dan juga TechCrunch akan terus menulis secara bebas tanpa sebarang kawalan kandungan daripada AOL.

Ianya sesuatu yang menarik untuk Michael Arrington, yang mana sememangnya terkenal di arena industri teknologi. Selain daripada TechCrunch, AOL juga merupakan pemilik laman gajet terkemuka didunia, Engadget.


TIPS & ULASAN