Live Essentials 2011 Akan Di Lepaskan Esok

Live Essentials 2011 Akan Di Lepaskan Esok

Diterbitkan pada Sep 30, 2010 oleh .

Setelah sekian lama dinantikan, kini ianya diperkatakan yang mana Microsoft secara rasminya bakal memperkenalkan generasi baru untuk Windows Live Essentials, iaitu Windows live Essentials 2011 awal pagi esok.

Sebelum ini, pada bulan Ogos yang lalu, versi beta untuk Windows Live Essentials telah pun dilepaskan kepada umum, yang mana menyertakan pelbagai aplikasi menarik, termasuk Windows Live Movie Maker, Windows Live Mail, Windows Live Writer, Windows Live Sync dan beberapa aplikasi lain.

Ianya dikatakan yang mana Windows Live Essentials 2011 ini bakal menggunakan sepenuhnya kebolehan Windows 7, yang mana ianya akan diintegrasikan sepenuhnya pada Windows 7 menggunakan Jumplist dan juga menggunapakai antaramuka Ribbon UI.

Windows Live Essentials dijangka akan dilepaskan kepada umum sekitar jam 2.00 pagi esok. Sama-sama kita nantikan pelbagai fungsi baru yang dibawakan olehnya nanti.


TIPS & ULASAN