Goo.gl Kini Dibuka Kepada Semua Pengguna

Goo.gl Kini Dibuka Kepada Semua Pengguna

Diterbitkan pada Okt 1, 2010 oleh .

Selepas memperkenalkan servis peringkas URL tersendiri pada bulan Disember lepas sebagai sebahagian daripada Google Toolbar dan Feedburner, kini Google secara rasminya membolehkan para pengguna memendekkan sebarang URL dengan mudah melalui laman Goo.gl.

Sejak memperkenalkan Goo.gl, pelbagai servis Google yang telah pun sedia menggunakan peringkas URL Goo.gl, termasuk Google News, Blogger, Maps dan Picasa Web Albums. Selain daripada itu, ramai pembangun yang telah pun menyediakan cara mudah untuk menukar dan mengubah URL kepada Goo.gl. Namun begitu, kini Google sendiri memperkenalkannya kepada umum.

Menariknya mengenai Goo.gl, ialah ianya didatangkan dengan fungsi sekuriti terbina, mengelakkan para pengguna terjebak ke laman malware dan spam, selain ianya lebih pantas berfungsi daripada pelbagai penyedia URL yang lain.

Pada masa yang sama, sekiranya anda sedia log masuk kedalam akaun Google ketika memendekkan URL, anda boleh melihat statistik semasa untuk URL yang anda pendekkan dengan mudah melalui laman Goo.gl. Google juga bercadang untuk memperkenalkan API mereka tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN