Facebook Mula Menyokong Imej Resolusi Tinggi

Facebook Mula Menyokong Imej Resolusi Tinggi

Diterbitkan pada Okt 1, 2010 oleh .

Mulai hari ini, laman sosial terkemuka dunia, Facebook membolehkan para penggunanya untuk memuat-naik gambar dan imej beresolusi tinggi, serta memuat-turunnya dengan mudah. Sebelum ini ianya sedia diketahui yang mana Facebook kini sebagai pengehos imej terbesar di alam maya, dimana lebih 100 juta imej dan gambar dimuat-naik setiap hari.


Aplikasi Muat-Naik Gambar dan Imej Yang Serba Baru

Buat masa ini, fungsi memuat-naik imej beresolusi tinggi ini hanya boleh diakses oleh segelintir pengguna sahaja, dan ianya dijangka yang mana kesemua penggunanya akan dapat akses kepada fungsi tersebut dalam masa beberapa minggu lagi.


Fungsi Lightbox Pada Facebook Untuk Paparan Imej Resolusi Tinggi [via]

Kini, para pengguna boleh melihat imej dengan resolusi sehingga 2048 pixel dengan mudah melalui Facebook, dimana ianya akan dipaparkan kepada pengguna melalui fungsi Lightbox. Selain daripada itu, para pengguna juga boleh memuat-turun setiap imej dan gambar beresolusi tinggi dengan menekan pada pautan Download dibawah setiap gambar dan imej. Ini mungkin hasil daripada teknologi Divvyshot yang diambil-alih oleh Facebook beberapa bulan sebelum ini.

Mungkin dengan fungsi ini, ianya bakal menarik pengguna Flickr untuk mula berkongsi imej dan gambar yang dirakamkan oleh mereka pada Facebook, dan kongsikan setiap kenangan manis mereka dalam resolusi tinggi dengan mudah.


TIPS & ULASAN