Setelah memperlihatkan format media untuk web dibawah Projek WebM, kini Google sekali lagi memperlihatkan suatu format baru untuk imej dan gambar dibawah nama WebP. Melaluinya, Google mengatakan yang mana para pembangun web boleh mengurangkan fail suatu imej sehingga lebih 40% daripada saiz JPEG yang biasa untuk sesuatu gambar dan imej.
Dengan mengurangkan saiz fail dan mengekalkan kualiti gambar, ianya membolehkan sesuatu web itu dibuka lebih pantas, dan sekaligus menjadikan pelbagai pihak gembira dengannya. Namun begitu, buat masa ini, masih belum kesemua pelayar web menyokongnya, dan Chrome dijangka akan menyokongnya tidak lama lagi.
Para pembangun boleh memuat-turun aplikasi untuk mengubah fail dan format imej kepada format WebM secara percuma daripada Google Code dan mencubanya terlebih dahulu, sebelum ianya disokong sepenuhnya oleh keseluruhan pelayar web dalam masa terdekat ini.