RIM Melancarkan Blackberry Torch 9800 Di Malaysia

RIM Melancarkan Blackberry Torch 9800 Di Malaysia

Diterbitkan pada Okt 2, 2010 oleh .

Seperti yang dinantikan ramai, akhirnya, kini secara rasminya RIM telah pun melancarkan Blackberry Torch 9800 di Malaysia, sekaligus menandakan yang ianya akan mula dijual oleh penyedia telekomunikasi di Malaysia tidak lama lagi. Menariknya, Celcom, DiGi, dan Maxis turut sama menawarkan perantian menarik daripada RIM ini.

Blackberry Torch 9800 merupakan antara perantian terkini daripada RIM yang mengguna-pakai sistem operasi Blackberry 6 yang membawakan pelbagai fungsi baru, beserta dengan antaramuka yang amat menarik sekali. Selain daripada itu, Blackberry Torch 9800 juga merupakan perantian pertama Blackberry yang menggunakan skrin sentuh dan juga kekunci boleh slide.


Blackberry Torch 9800


Blackberry Torch 9800

Antara perkara baru yang dibawakan oleh Blackberry OS 6.0 adalah pemain media yang baru dengan kebolehan untuk memuat-turun muka album, aplikasi YouTube terbina yang membawakan pemain video yang menarik dengan fungsi skrin penuh, pelayar web baru yang berasaskan webkit dengan sokongan tab, serta aplikasi baru yang membolehkan anda menguruskan kesemua rangkaian sosial anda dengan mudah.


Pelancaran Blackberry Torch 9800 Di Malaysia


Pelancaran Blackberry Torch 9800 Di Malaysia


Pelancaran Blackberry Torch 9800 Di Malaysia

Di Malaysia, Celcom, DiGi dan Maxis menawarkan perantian Blackberry Torch 9800 ini. Buat masa ini, masing-masing menawarkan pra-daftar untuk Blackberry Torch 980o, dan harga akhirnya masih belum diketahui lagi.

Ulasan penuh Blackberry Torch 9800 akan dibuat pada artikel akan datang.

Kredit gambar : Blackberry Asia


TIPS & ULASAN