Chrome 7.0 Beta Di Lepaskan Oleh Google

Chrome 7.0 Beta Di Lepaskan Oleh Google

Diterbitkan pada Okt 2, 2010 oleh .

Pembangun Chrome telah pun mengumumkan pelepasan Google Chrome 7.0 Beta untuk Windows, Mac, Linux dan juga untuk Chrome Frame, sekaligus mengikuti jadual pembangunan mereka. Chrome 7.0 versi stabil akan dilepaskan dalam masa terdekat ini, dan mungkin kita akan dapat melihat Chrome 8.0 dan Chrome 9.0 sebelum penghujung tahun ini.

Chrome 7.0 Beta tidak membawakan sebarang fungsi baru, selain daripada peningkatakn pada prestasi, Javascript, selain beberapa permasalahan yang telah pun diatasi.

Namun begitu, ianya dikatakan yang mana pelbagai perkara yang sedang dibangunkan disebalik tabir, dan berkemungkinan besar, Chrome 7.0 kelak akan didatangkan dengan beberapa fungsi seperti Chrome Web Store dan juga sokongan hardware acceleration.

Versi stabil terakhir Google Chrome merupakan 6.0, dan telah dilepaskan pada 22 September yang lepas. Selain daripada Chrome 7.0 Beta, pembangun pelayar web Google ini juga telah memperkenalkan Chrome 7.0.536.2 untuk Windows, Mac dan Linux bagi saluran pembangun.


TIPS & ULASAN