Carian
Ruangan Buzz Terkini Di Uji Pada GMail
October 3, 2010 Aman

Dalam menari minat para pengguna GMail menggunakan Google Buzz, kini ianya dilihat yang mana Google sedang menguji fungsi untuk memperlihatkan Google Buzz pada bahagian tepi GMail, sekaligus membolehkan para pengguna GMail mengikuti perkembangan terkini rakan-rakan mereka dengan lebih mudah.


Buzz Pada GMail [via]

Melaluinya, GMail memperlihatkan beberapa informasi, termasuk Buzz yang berkaitan, daripada berita, dan informasi yang dikongsikan rakan anda dibahagian tepi GMail. Ianya mungkin adalah salah satu perkara yang menarik dalam menarik lebih ramai menggunakan Google Buzz tanpa menganggu anda menggunakan GMail.

Namun begitu, ianya tidak diketahui samaada fungsi ini akan diperkenalkan kepada semua, atau sekadar hanya suatu ujian sahaja, memandangkan Google gemar melakukan pelbagai ujian pada sesuatu masa. Apa pun, ianya menarik untuk melihat Google masih memberikan perhatian untuk Google Buzz.

Komen