Google Mengambil-Alih BlindType

Google Mengambil-Alih BlindType

Diterbitkan pada Okt 3, 2010 oleh .

Setelah lama tidak kedengaran mengenai berita Google membeli teknologi baru, kini Google mengumumkan pembelian BlindType yang mana menjanjikan perubahan dalam input teks melalui skrin sentuh. Berkemungkinan besar, teknologi ini akan diintegrasikan sepenuhnya pada Android dan juga Chrome OS kelak.

Melalui demo video yang kelihatan pada laman BlindType, ianya memperlihatkan yang mana melalui aplikasi tersebut, ianya akan belajar cara anda taip pada skrin sentuh, selain boleh meneka perkataan yang anda ingin tekan pada ketepatan yang amat tinggi sekali.


TIPS & ULASAN