Google TV Bakal Muncul Bulan Ini

Google TV Bakal Muncul Bulan Ini

Diterbitkan pada Okt 5, 2010 oleh .

Setelah memperkenalkan Google TV lebih kurang lima bulan sebelum ini pada acara Google I/O, kini Google memperlihatkan perkembangan dengan dimana mereka mengemaskini laman Google TV, sekaligus memperlihatkan yang mana Google TV akan mula dijual tidak lama lagi.

Bagi yang masih tidak ketahui akan Google TV, ianya membawa konsep baru, dimana ianya mengabungkan siaran TV anda pada masa kini, bersama-sama dengan web, sekaligus membawakan pengalaman hiburan tanpa henti untuk anda. Google juga telah bekerjasama bersama dengan Amazon dan Netflix untuk membawakan pelbagai rancangan menarik dari dalam talian, terus ke kaca TV dengan mudah.

Selain pada itu, sama seperti pada telefon pintar masa kini, Google TV juga akan menumpukan perhatian pada aplikasi tambahan, dimana para pembangun boleh membangunkan aplikasi kegemaran mereka, sekaligus membantu dan membawa pengalaman menonton TV ke tahap baru.

Perantian dengan Google TV dijangka akan dilepaskan pada bulan ini, diimana Sony dijangka akan menjadi antara yang terawal, selain Logitech turut sama akan memperkenalkannya dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN