Samsung Memperlihatkan Teknologi WiMAX 2

Samsung Memperlihatkan Teknologi WiMAX 2

Diterbitkan pada Okt 5, 2010 oleh .

Sementara Malaysia masih lagi ketinggalan dalam kelajuan sambungan internet, kini Samsung memperlihatkan teknologi WiMAX 2 yang mana memperlihatkan kelajuan mencecah sehingga 330Mbps.


Samsung Memperlihatkan Kelajuan WiMAX 2 [via]

WiMAX 2 dikatakan lebih pantas dan laju daripada rangkaian 4G asal, selain masih lagi relevan dengan pembangunan WiMAX pada masa kini. Ianya dikatakan standard untuk rangkaian baru ini kelak mungkin akan diketengahkan pada bulan November kelak, dan Samsung dijangka akan memperkenalkan produk dengan sokongan WiMAX 2 sebelum penghujung tahun 2011 kelak.

Buat masa ini, ramai operator dan penyedia rangkaian menggunakan teknologi Samsung dalam menyediakan rangkaian WiMAX. Buat masa ini, WiMAX menawarkan kelajuan sehingga 15Mbps, sementara pesaing terdekatnnya, teknologi LTE menawarkan sehingga lebih 100Mbps dalam kelajuan internet.


TIPS & ULASAN