Samsung Galaxy Tab Akan Mula Di Jual Tidak Lama Lagi

Samsung Galaxy Tab Akan Mula Di Jual Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Okt 5, 2010 oleh .

Setelah sekian lama dinantikan, kini ianya memperlihatkan yang mana Samsung Galaxy Tab bakal dijual di Malaysia tidak lama lagi. Perkara ini dikukuhkan lagi apabila kini, Advertlets sudah mula mencari para penulis blog untuk membuat ulasan untuk Samsung Galaxy Tab.

Bagi yang tidak ketahui akan tablet daripada Samsung yang dikatakan antara pesaing terbaik untuk iPad, Galaxy Tab merupakan salah satu tablet yang bersaiz 7-inch dengan sistem operasi Android 2.2 Froyo. Galaxy Tab ini boleh dikatakan sebagai salah satu kejayaan daripada siri telefon pintar Galaxy daripada Samsung sebelum ini.

Pada masa yang sama, Samsung Galaxy Tab ini juga menyokong penuh Adobe Flash Player 10.1, dan melalui beberapa video di YouTube, ianya memperlihatkan yang Flash dapat dimainkan pada Galaxy Tab tanpa sebarang masalah.

Selain daripada itu, ianya dibina atas antaramuka Android khas daripada Samsung, selain membawakan beberapa aplikasi terbina, termasuk Swype dan juga Samsung Apps. Masa bertahan sehingga 7 jam lebih, serta kamera 3.0-MegaPixel pada bahagian belakang, dan juga 1.3MP di hadapan membolehkan anda merakamkan video pada resolusi 720×480 pixel dengan mudah.

Buat masa ini, harga jualannya di Malaysia masih lagi belum diketahui, namun ianya dijangka akan mula dijual pada penghujung bulan ini ataupun selewatnya pada bulan November kelak.


TIPS & ULASAN