Cari @ Amanz

Seperti sedia maklum, Firefox 4.0 membawakan rekabentuk antaramuka yang baru, bukan hanya untuk pengguna Windows sahaja, malah termasuk juga untuk para pengguna Linux dan juga Mac. Kini, ianya diperkatakan yang mana rekabentuk Firefox 4.0 ini sudah pun hampir selesai, dan hanya diperkemaskan sedikit sahaja lagi.

Melalui ujian yang dilakukan oleh Firefox berkenaan dengan rekabentuk antaramuka yang baru Firefox 4.0, ianya dikatakan yang mana ramai penguji yang memberikan maklumbalas yang positif mengenai rekabentuk baru itu. Bagi yang mengikuti perkembangan antaramuka Firefox 4.0, ianya mengalami perubahan yang drastik sejak bulan Mei yang lalu, sehingga sekarang.


Antaramuka Firefox 4.0 Dulu dan Kini Untuk Windows


Antaramuka Firefox 4.0 Dulu dan Kini Untuk Linux


Antaramuka Firefox 4.0 Dulu dan Kini Untuk Mac

Firefox 4.0 bakal membawakan pelbagai fungsi baru serta antaramuka pelayar web yang serba baru kepada para pengguna. Ianya dijangkakan yang mana Firefox 4.0 akan dilepaskan pada penghujung tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd