Cari @ Amanz

Selain daripada kebolehan untuk memuat-turun informasi anda daripada Facebook, hari ini juga, Facebook memperkenalkan dashboard khas yang membolehkan para penggunanya untuk melihat aplikasi dan laman web yang diberikan akses oleh mereka kepada profail di Facebook.

Ianya merupakan salah satu usaha yang bagus, memandangkan kini terdapat jutaan laman yang menggunakan fungsi Facebook Connect, dan dengan ini, para pengguna Facebook dapat mengawal keseluruhan data yang dikongsikan mereka dengan lebih bagus lagi.

Para pengguna Facebook akan dapat mengakses dashboard ini kelak melalui Privacy Settings, dan membolehkan anda melihat kebenaran yang anda berikan untuk setiap aplikasi, serta menguruskan kebenaran atas aplikasi tersebut dengan mudah. Selain daripada itu, ianya juga akan memperlihatkan log akses yang digunakan oleh setiap aplikasi berkenaan.

Melaluinya, Facebook berharap, para pengguna akan dapat mengawal dengan lebih baik lagi segala perkara yang dikongsikan oleh mereka dan pihak ketiga melalui profail mereka dengan mudah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd