Facebook Groups Di Beri Nafas Baru

Facebook Groups Di Beri Nafas Baru

Diterbitkan pada Okt 7, 2010 oleh .

Facebook juga turut sama mengumumkan Facebook Groups yang diberikan nafas baru, yang membolehkan para pengguna sentiasa mengikuti perkembangan persatuan yang disertai mereka dengan mudah, selain membolehkan penggunanya bersembang secara berkumpulan (group chat).

Melalui Facebook Group yang serba baru, Facebook ingin menyediakan salah satu platform komunikasi yang menarik, selain membolehkan para pengguna dalam sesuatu persatuan itu berkolaborasi dengan lebih bagus lagi.

Selain daripada perkara ini semua, Facebook juga turut sama mengumumkan beberapa perkara baru sepanjang hari ini, termasuk membolehkan para penggunanya mengawal data yang dikongsikan mereka kepada aplikasi pihak ketiga, selain membolehkan para pengguna Facebook untuk memuat-turun segala informasi yang dikongsikan mereka dengan mudah dengan hanya satu klik.


TIPS & ULASAN