HP Bakal Memperkenalkan Perantian webOS

HP Bakal Memperkenalkan Perantian webOS

Diterbitkan pada Okt 7, 2010 oleh .

Setelah pembelian Palm oleh HP, kini ianya diperkatakan yang mana HP bakal memperkenalkan beberapa buah telefon pintar baru yang menggunakan sistem operasi webOS pada awal tahun 2011 kelak.

Buat masa ini, HP adalah antara syarikat teknologi dengan pendapatan yang besar dimana mereka telah pun mendominasi industri PC, server dan pencetak. Walaubagaimanapun, kini, banyak syarikat perkomputeran yang mula menawarkan telefon pintar, dan HP ingin turut sama menyertainya. Dengan pembelian Palm, HP telah pun mendapat hak sepenuhnya ke atas webOS, salah satu sistem operasi perantian mudah-alih yang terkemuka dan menarik.

Selain daripada HP, Dell dan Acer telah pun memperkenalkan telefon pintar masing-masing dengan pelbagai teknologi menarik.


TIPS & ULASAN