Google Memperlihatkan Doodle Dalam Bentuk Video

Google Memperlihatkan Doodle Dalam Bentuk Video

Diterbitkan pada Okt 8, 2010 oleh .

Bersempena dengan ulang tahun John Lennon yang ke-70, Google mencuba sesuatu yang baru pada doodle halaman utama mereka, iaitu dengan memaparkan doodle bentuk video YouTube sepanjang 32 saat. Sekiranya anda klik akan logo doodle Google bersempena John Lennon itu, anda akan diperlihatkan dengan video itu terlebih dahulu, sebelum hasil carian berkenaan dengan John Lennon diperlihatkan.


Logo Doodle Yang Boleh Di Klik Untuk Memainkan Video


Doodle Google Dalam Bentuk Video

Bagi yang tidak mengenali John Lennon, beliau merupakan salah seorang ahli utama yang memulakan kumpulan The Beatles, yang mana merupakan salah satu kumpulan yang meletup dengan pelbagai lagu-lagu berbahasa inggeris pada kurun ke-20.

Sebelum ini, Google pernah mencuba doodle dalam bentuk animasi menggunakan teknologi HTML5, dan doodle dalam bentuk YouTube merupakan sesuatu yang baru dan menarik untuk dilihat.


TIPS & ULASAN