Cari @ Amanz

Seperti yang dinantikan, akhirnya, pembangun MentariCSS, Mohd Huzairy, telah pun mengumumkan pelepasan MentariCSS 3.0 Alpha kepada umum yang mana membawakan pelbagai penambahan fungsi baru ke dunia CSS termasuk penggunaan doctype HTML5 pada MentariCSS.

Selain daripada itu, MentariCSS 3.0 Alpha turut sama membawakan pelbagai perkara baru, termasuk;

  • Penggunaan div untuk ID dan CLASSES bagi wrapper, header, content, sidebar dan footer, yang telah diletakkan di dalam fail Index.html, bagi memudahkan dan mempercepatkan lagi proses pembinaan prototaip.
  • Penambahan kod untuk self-clearing float, dan beberapa elemen untuk typography telah ditambah.
  • Penggunaan shortcode untuk font di dalam style.css bagi elemen body.

Bagi para pengguna yang berminat, boleh memuat-turun MentariCSS secara percuma dan menggunakannya dalam pembangunan web anda, selain pada masa yang sama menyumbang kepada pembangunan MentariCSS dengan menambah-baik kod MentariCSS sedia ada.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd