Pengguna Malaysia – Pengguna Aktif Laman Sosial

Pengguna Malaysia – Pengguna Aktif Laman Sosial

Diterbitkan pada Okt 11, 2010 oleh .

Melalui suatu kajian yang dilakukan, ianya memperlihatkan yang mana para pengguna rangkaian sosial daripada Malaysia mempunyai bilangan rakan dan sahabat yang paling ramai, manakala pengguna Jepun merupakan dengan bilangan rakan yang paling sedikit.

Pada masa yang sama, ianya juga memperlihatkan yang mana lebih ramai pengguna kini menghabiskan masa di rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter berbanding emel seperti dahulu kala.

Melalui kajian yang melibatkan lebih 50,000 pengguna dari 46 negara, ianya memperlihatkan para pengguna rangkaian sosial daripada Malaysia mempunyai angka purata sebanyak 233 orang rakan, dan juga menghabiskan masa yang amat lama pada rangkaian sosial, iaitu sembilan jam seminggu secara puratanya.

Internet juga dikatakan telah mengubah cara hidup ramai pengguna, dimana kini mereka lebih mengutamakan Internet untuk mendapatkan pelbagai maklumat dan berita terkini, berbanding dengan televisyen, radio dan juga akhbar.


TIPS & ULASAN