Dengan munculnya beta pertama untuk Google Chrome 7, kini semestinya ramai yang sudah nantikan Google Chrome 8, dan menariknya, versi pembangunan Chromium terkini telah pun mula memperlihatkan Chromium 8.0, sekaligus bakal membawakan beberapa fungsi baru pada pelayar web yang disayangi Google ini.
Kotak Dialog Chromium 8.0
Walaupun fungsi akhir untuk Google Chrome 7 masih lagi belum didedahkan oleh Google secara rasminya, seperti Chrome Web Store dan sebagainya, Chrome 8 juga bakal didatangkan dengan beberapa perkara baru.
Antara perkara baru yang didatangkan bersama-sama dengan Chrome 8 adalah sokongan penuh hardware acceleration dan sokongan grafik 3D melalui standard WebGL. Chrome 7.0 telah pun menyertakan fungsi tersebut, namun begitu, kini fungsi tersebut diaktifkan secara lalainya.
Selain daripada itu, pelbagai fungsi menarik untuk Chrome OS, seperti Cloud Print dan juga Chrome Instant juga dikatakan akan diperkenalkan pada Chrome 8.0 kelak. Buat masa masih tiada sebarang pengumuman rasmi berkenaan dengannya daripada Google, namun ianya dijangka yang mana Google akan memperkenalkan Chrome 8 kepada saluran pembangun pada minggu ini.