Servis 4G Daripada YTL Comms 18 November Ini

Servis 4G Daripada YTL Comms 18 November Ini

Diterbitkan pada Okt 11, 2010 oleh .

Seperti yang diperkatakan sebelum ini, YTL kini telah mengesahkan yang mana mereka akan memperkenalkan servis suara dan data 4G pada 18 November kelak, yang mana akan meliputi lebih kurang 65% kawasan berpenduduk tinggi melalui lebih 1,000 pusat pemancar.


Pengumuman YTL Comms Berkenaan Servis Mereka [via]

Sehingga kini, YTL Comms telah melaburkan hampir RM1 billion, dan mereka juga akan memperkenalkan servis TV mudah-alih menjelang penghujung tahun hadapan yang mana akan boleh diakses melalui pelbagai perantian dengan mudah. Untuk menjayakannya, YTL Comms bekerjasama bersama-sama dengan Sezmi.

Buat masa ini, harga bagi servis internet daripada mereka masih lagi belum diketahui. Namun begitu, ianya dikatakan yang mana harga mereka kelak adalah amat menarik sekali, dimana sebelum ini mereka pernah menjadi yang pertama memperkenalkan panggilan antarabangsa termurah pada hujung 90-an dengan kadar kurang 93% berbanding yang lain melalui syarikat VoIP, Extiva.

YTL Comms percaya yang mana servis 4G daripada mereka kelak akan meningkatkan pendapatan negara Malaysia. Sebelum ini, World Bank telah mengatakan yang mana setiap peningkatan 10% dalam kadar penembusan jalur lebar membawakan peningkatan pendapatan kasar negara sebanyak 1.35%.


TIPS & ULASAN