Setelah Celcom sebelum ini memperkenalkan kemaskini Twitter melalui SMS, kini Maxis turut sama memperkenalkan servis yang sama melalui perkhidmatan baru mereka yang dipanggil Tweet2Me, membolehkan anda tweet secara terus daripada telefon bimbit anda dengan talian Maxis.
Sama seperti Celcom, Maxis turut sama mengenakan caj sebanyak RM1 untuk seminggu dimana melaluinya anda boleh menghantar kemaskini kepada Twitter melalui SMS, mengikuti rakan-rakan anda, selain mendapatkan kemaskini terus kepada telefon anda melalui SMS dengan mudah.
Untuk mengaktifkannya, anda hanya perlu hantarkan SMS dengan ON
Selain daripada Tweet2Me, anda juga boleh menggunakan GladlyCast, dan sekiranya anda menggunakan telefon pintar seperti Blackberry, Android, iPhone dan Symbian, Twitter ada menyediakan aplikasi khas untuk anda.