Microsoft Melancarkan Windows Phone 7

Microsoft Melancarkan Windows Phone 7

Diterbitkan pada Okt 11, 2010 oleh .


Steve Balmer Mengumumkan Windows Phone 7

Microsoft hari ini telah pun memperkenalkan sistem operasi serba baru untuk telefon pintar, yang mana dipanggil dengan nama Windows Phone 7, yang mana dibangunkan dengan tujuan untuk mengintegrasikan segala perkara yang menarik minat para pengguna, dan memudahkan mereka mengaksesnya serta menyediakan pengalaman penggunaan yang menarik.

Windows Phone 7 akan mula dijual dipasaran Eropah dan Asia mulai 21 Oktober dan 8 November di Amerika Syarikat. Buat masa ini, masih tidak diketahui lagi bila manakah Asia akan menerima Windows Phone 7.

Melalui Windows Phone 7, ianya membawakan sistem operasi yang elegen sekali dengan menyediakan elemen antaramuka yang boleh diubah-suai yang dipanggil tiles, membolehkan para pengguna menyusun segala perkara pada perantian mudah-alih mereka dengan mudah, dan memperlihatkan perkara yang menarik minat mereka sahaja di skrin utama, atau dipanggil skrin Start.

Selain daripada itu, Windows Phone 7 juga membawakan People Hub, yang mana melaluinya, ianya memperlihatkan kemaskini status Facebook serta memperlihatkan senarai hubungan dengan nombor telefon mereka. Pengguna Windows Phone 7 juga boleh menghantarkan terus mesej teks dan respon kepada sebarang kemaskini rakan mereka secara terus melalui People Hub.

Windows Phone 7 juga menyertakan sebuah butang khas untuk kamera, membolehkan anda merakamkan detik-detik penting dengan mudah, selain anda boleh berkongsi bersama rakan-rakan anda yang lain dengan mudah melalui Picture Hub. Anda juga boleh mengakses kesemua muzik dan video melalui satu lokasi mudah, serta dengarkan radio atau mendengar lagu secara terus dari web dengan mudah. Zune Marketplace juga diintegrasikan untuk memudahkan anda menikmati pelbagai media baru dan berkongsinya dengan rakan-rakan anda yang lain.

Selain daripada itu, Windows Phone 7 juga membawakan Games Hub yang mengintegrasikan Xbox LIVE selain membawakan Office Hub untuk para pengguna yang boleh mengekalkan produktiviti mereka ketika bergerak dengan mudah.

Windows Phone 7 mengintegrasikan carian Bing Search, dengan GPS terbina dan juga Bing Maps, sekaligus memudahkan anda melakukan sebarang carian ketika bergerak, atau sekiranya anda ingin mendapatkan sebarang informasi berkaitan laluan, mahupun kemaskini trafik masa-nyata.

Windows Phone 7 akan boleh didapati seawal 21 Oktober di Asia, atau lebih tepat lagi di Singapura, dimana HTC HD 7 dan juga LG Optimus 7 ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi SingTel di Singapura. Di Malaysia, Maxis akan membawa masuk HTC HD 7, namun masih lagi tiada tarikh pasti buat masa ini.


TIPS & ULASAN