Cari @ Amanz

Selepas pengumuman rasmi Windows Phone 7, kini ianya diketahui yang mana Maxis bakal membawa masuk HTC HD 7 yang mana mengguna-pakai Windows Phone 7 pada telefon pintar dengan skrin sentuh 4.3″ itu ke Malaysia.

HTC HD7 didatangkan dengan processor 1GHz dan juga kamera 5MP dengan flash, serta beberapa fungsi lain seperti WiFi dan juga A-GPS. Pada masa yang sama, ianya juga menyokong video HD dengan resolusi 720p, serta ruangan storan terbina sebesar 16GB.

Buat masa ini, ianya masih lagi tidak diketahui berkenaan harga yang bakal ditawarkan oleh Maxis, dan bilakah ianya akan dibeli oleh rakyat Malaysia. Namun begitu, ianya sesuatu yang menarik untuk diketahui yang mana rakyat Malaysia juga tidak ketinggalan dalam mencuba teknologi baru daripada Microsoft ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd