Terato Tech Memperkenalkan Malaysia Most Wanted

Terato Tech Memperkenalkan Malaysia Most Wanted

Diterbitkan pada Okt 12, 2010 oleh .

Dalam usaha untu meningkatkan kesedaran awam mengenai keselamatan, Terato Tech telah pun memperkenalkan aplikasi Malaysia Most Wanted, dimana melaluinya, ianya membawa beberapa fungsi termasuk menjejaki individu-individu yang dilaporkan hilang, selain menyenaraikan individu yang diburu polis, disamping menyediakan panduan keselamatan ringkas.


Antaramuka Aplikasi Malaysia Most Wanted

Aplikasi yang dibangunkan untuk perantian iPhone dan juga Android ini juga pada masa yang sama mengintegrasikan fungsi sosial, sekaligus membolehkan anda berkongsi maklumat berkenaan dengan individu-individu yang dicari ini pada laman Facebook dengan mudah.

Selain daripada itu, untuk memudahkan anda menghubungi polis dan pihak berkuasa, satu butang khas disediakan, dimana sekiranya anda menemui individu terbabit, anda boleh kongsi akannya bersama-sama dengan pihak berkuasa.

Informasi yang dimuatkan pada aplikasi ini didapati daripada laman PDRM sendiri, dimana dengan adanya aplikasi ini, para pengguna dan orang ramai boleh menyumbangkan sedikit tenaga mereka dalam menjejaki mereka-mereka yang hilang ataupun yang diburu.

Aplikasi Malaysia Most Wanted ini boleh dimuat-turun oleh para pengguna secara percuma melalui App Store ataupun Android market.


TIPS & ULASAN