Chrome OS Kini Sudah Mencapai Fasa RC

Chrome OS Kini Sudah Mencapai Fasa RC

Diterbitkan pada Okt 12, 2010 oleh .

Dengan pembangunan pelayar web Chrome yang amat pantas, kini beberapa petanda memperlihatkan yang mana Chrome OS akan muncul pada bulan hadapan, dan berkemungkinan besar seawal 11 November kelak. Buat masa ini, Chrome OS sudah pun mencapai versi 0.9.78.1 dan berada pada fasa RC.

Chrome OS
Pengurusan Tetingkap Yang Interaktif [info]

Chrome Browser
Pengurusan Tetingkap Yang Interaktif Pada Pelayar [info]

Ianya dijangkakan yang mana Chrome OS akan bersedia sepenuhnya apabila ianya mencapai angka versi 1.0, dan melalui beberapa tulisan di laman pembangunan Chrome OS, ianya memperlihatkan yang mana Chrome OS akan dilepaskan pada November 11, ataupun paling tidak pada tarikh tersebut, segala kod akan dibekukan.

Buat masa ini, Google masih lagi belum mengumumkan sebarang perkara berkaitan pelancaran Chrome OS, namun ianya memaklumkan yang mana Google Chrome OS dan beberapa perantian yang menggunakannya akan diperkenalkan pada tahun ini.


TIPS & ULASAN