Nokia Malaysia Melancarkan Nokia N8, C3, C7 dan X3

Nokia Malaysia Melancarkan Nokia N8, C3, C7 dan X3

Diterbitkan pada Okt 13, 2010 oleh .

Nokia hari ini secara rasminya telah pun melancarkan Nokia N8 di Malaysia, dimana telefon pintar Symbian ^3 ini ditawarkan pada harga RM1690, manakala anda boleh mendapatkannya daripada Maxis pada harga serendah RM999 hingga RM1299 dengan kontrak selama 12 hingga 24 bulan.

Melalui Nokia N8, ianya membolehkan anda merakamkan segala detik manis anda dalam bentuk HD melalui kamera optik Carl Zeiss 12-MegaPixel. Selain daripada itu, melalui Symbian ^3, Nokia N8 membawakan pelbagai fungsi baru, termasuk sokongan HD, kebolehan untuk multitask, serta lebih 250 fungsi baru yang lain.

Pada masa yang sama, Nokia N8 membawakan sambungan HDMI, memudahkan anda melihat imej, video dan sebagainya terus daripada kaca-TV ataupun projektor anda dengan resolusi 720p. Nokia juga membawakan pelbagai perkara baru kepada telefon N8 mereka termasuk rangkaian sosial yang diintegrasikan, serta OVI Store untuk anda memuat-turun aplikasi dengan mudah.


Nokia N8 Membawakan Kamera 12MP [via]

Untuk fungsi WebTV pada Nokia N8 pula, Nokia menyertakan Tv3 dan 8TV melaluinya, membolehkan para pengguna mengikuti saluran tersebut dengan mudah. Nokia N8 akan mula dijual di Malaysia mulai 16 Oktober ini. Para pengguna yang berminat sudah boleh melakukan pra-daftar pada halaman Nokia mulai hari ini.


Nokia N8 Boleh Di Dapati Daripada Maxis [via]

Selain daripada Nokia N8, Nokia Malaysia juga melancarkan Nokia C3, Nokia C7 dan Nokia X3. Nokia C3 akan mula dijual pada harga RM520, Nokia C7 pada harga RM1490 manakala Nokia X3 pada harga RM610.


TIPS & ULASAN