Windows Phone 7 Di Malaysia Mulai Bulan November

Windows Phone 7 Di Malaysia Mulai Bulan November

Diterbitkan pada Okt 13, 2010 oleh .

Setelah pelancaran antarabangsa Windows Phone 7, hari ini, Microsoft Malaysia mengadakan pelancaran tempatan untuk Windows Phone 7. Menariknya, bukan hanya HTC HD7 sahaja yang akan didapati di Malaysia, malah HTC 7 Mozart, dan berkemungkinan besar LG juga akan memperkenalkan perantian Windows Phone 7 di Malaysia tidak lama lagi.

Seperti sedia maklum, Maxis akan membawa masuk HTC HD7, dan harga jualannya kelak adalah RM2399, manakala HTC 7 Mozart akan dijual oleh pengedar HTC pada harga RM2099. Para pengguna boleh mendapatkan HTC HD7 dengan harga lebih murah dengan mengikat kontrak bersama-sama dengan Maxis untuk 12 atau 24 bulan. Kedua-dua telefon pintar ini dijangka akan mula dijual di Malaysia mulai bulan November kelak.

Namun begitu, amat mendukacitakan kerana Xbox Live, Zune Pass dan Marketplace tidak akan boleh digunakan ketika ianya mula dijual, namun akan boleh didapati dalam masa terdekat kelak, menjadikan anda tidak boleh membeli aplikasi untuk buat sementara waktu.

Buat masa ini, kesemua model telefon pintar yang menggunakan Windows Phone 7 ketika pelancaran menggunakan 1GHz Snapdragon CPU, dengan skrin beresolusi 800×480 pixel serta didatangkan dengan kamera sekurang-kurangnya 5-megapixel dan storan terbina minimum 8GB.


TIPS & ULASAN