Gingerbread SDK Akan Di Lepaskan Minggu Hadapan?

Gingerbread SDK Akan Di Lepaskan Minggu Hadapan?

Diterbitkan pada Okt 13, 2010 oleh .

Kini beberapa ura-ura mula kedengaran yang mana SDK untuk Android Gingerbread akan dilepaskan kepada para pembangun dalam masa terdekat ini, dan mungkin ianya seawal minggu hadapan. Bagi para pengguna Android, semestinya mereka amat menantikan Gingerbread ataupun yang mana turut dikenali sebagai Android 3.0, generasi baru Android selepas Android 2.2 Froyo.

Kebiasaannya, Google melepaskan versi terkini Android setiap enam bulan sekali, dan buat masa ini, ianya baru lima bulan sejak Android Froyo dilepaskan, iaitu pada 20 Mei yang lepas. Selain daripada itu, ianya masih lagi belum dipastikan samaada Gingerbread kelak akan menggunakan angka versi Android 2.5 ataupun 3.0. Namun begitu, ianya akan diketahui tidak lama lagi sebaik sahaja SDK Gingerbread dilepaskan kepada para pembangun.


Angka Versi Android Akan Datang Masih Tidak Di Ketahui Lagi [via]

Android SDK ataupun nama penuhnya Android Software Development Kits secara umumnya adalah dimana ianya membolehkan para pembangun dalam membangunkan aplikasi Android untuk versi akan datang mereka, sebelum versi tertentu Android itu dilepaskan kepada umum.

Walaubagaimanapun, ianya masih lagi tidak disahkan sepenuhnya. Namun begitu, kita akan ketahuinya tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN