Facebook Menguji Sistem Komen Baru

Facebook Menguji Sistem Komen Baru

Diterbitkan pada Okt 13, 2010 oleh .

Setelah memperkenalkan fungsi ‘Like’ pada komen, kini Facebook mungkin sekali lagi akan memperkenalkan kemaskini pada sistem komen mereka, iaitu fungsi mengundi komen serta kebolehan untuk memberi rating kepada sesuatu komen itu, dan juga fungsi komen berperingkat, membolehkan balasan komen anda lebih tersusun rapi.


Kemaskini Baru Pada Sistem Komen Facebook [via]

Selain daripada kebolehan untuk mengundi sesuatu komen itu naik atau turun, Facebook juga dijangka akan memperkenalkan fungsi komen berperingkat, sepertimana yang terdapat di kebanyakkan blog hari ini. Pada masa yang sama, lebih banyak informasi berkenaan seseorang pengguna itu diperlihatkan, dimana melalui ujian yang dilakukan itu, ianya kelihatan yang mana Facebook mula memperlihatkan kawasan dan lokasi di sebelah nama pengguna pada komen.

Ianya sesuatu yang menarik untuk melihat Facebook memberikan pembaharuan kepada fungsi komen, dimana ianya merupakan salah satu fungsi utama yang menarik ramai pengguna mula menggunakan laman sosial mereka. Buat masa ini, masih tiada sebarang komen rasmi daripada Facebook berkaitan perkara ini, dan ianya tidak lagi diketahui samaada fungsi ini akan diperkenalkan kepada umum ataupun tidak.


TIPS & ULASAN