Hardware Acceleration Pada Chrome 9.0 Kelak

Hardware Acceleration Pada Chrome 9.0 Kelak

Diterbitkan pada Okt 13, 2010 oleh .

Nampaknya hardware acceleration mungkin tidak akan hadir pada Google Chrome 8 apabila kini pihak pembangunnya telah menangguhkan fungsi tersebut untuk diaplikasikan pada Chrome 9 kelak, sekaligus menjadikan Internet Explorer 9 masih mengunguli fungsi tersebut pada sistem operasi Windows 7 dan Vista.

Google telah pun memperkenalkan Chrome 8 kepada saluran pembangunnya hari ini seperti yang dinantikan sebelum ini, yang mana sekaligus memperlihatkan Chrome 7 versi stabil akan dilepaskan kepada umum tidak lama lagi. Pada masa yang sama, para pembangun Chrome juga terpaksa menangguhkan beberapa fungsi hardware acceleration yang dinantikan untuk versi Chrome seterusnya.

Walaubagaimanapun, Chrome 8 kelak dijangka membawakan beberapa fungsi baru yang lain, termasuk Chrome Instant – yang membolehkan bar alamat load secara automatik ketika anda sedang taip (sama seperti pada Google.com), Remoting – membolehkan sokongan remote host, Background WebApps – membolehkan aplikasi web yang terpasang berjalan di belakang system startup dan terus berjalan selepas semua tetingkap ditutup, dan beberapa fungsi yang lain.

Bagi yang menggunakan saluran pembangun, anda sudah boleh mencuba kesemua fungsi ini melalui akses pantas about:labs. Bagi para pengguna yang ingin menggunakan versi pembangunan Google Chrome anda boleh melanggan saluran pembangun dan menguji segala fungsi baru dengan lebih pantas.


TIPS & ULASAN