Carian
Rekabentuk Baru Twitter Di Perkenalkan Untuk Semua
October 14, 2010 Aman

Setelah mengumumkan mengenai rekabentuk baru Twitter (#newtwitter) empat minggu yang lalu, dan ianya diperkenalkan secara fasa demi fasa, hari ini, kesemua 160 juta orang pengguna sudah dapat menggunakan rekabentuk baru Twitter itu sepenuhnya.

Buat masa ini, menurut pembangun disebalik Twitter, segala maklumbalas berkaitan rekabentuk baru ini adalah bersifat positif. Melalui rekabentuk baru ini, Twitter membawakan pengalaman yang diperkaya, selain memudahkan para pengguna melihat media yang dikongsikan oleh rakan mereka secara terus pada halaman timeline dengan mudah.

Para pengguna yang masih meminati rekabentuk lama masih boleh beralih kepadanya untuk beberapa minggu lagi sebelum ianya dimansuhkan sepenuhnya.

Komen