AOL Mungkin Akan Mengambil-Alih Yahoo!?

AOL Mungkin Akan Mengambil-Alih Yahoo!?

Diterbitkan pada Okt 14, 2010 oleh .

Selepas membeli rangkaian blog teknlogi terkemuka, TechCrunch, kini AOL diura-ura akan membeli Yahoo! dengan bantuan pelabur ekuiti persendirian, dimana sebahagian besar daripada syarikat Yahoo! akan dijual, manakala sebahagian daripadanya akan dijalankan dalam usaha untuk menyaingi Google dalam dunia pengiklanan dalam talian.

Ianya masih lagi tidak diketahui sepenuhnya bagaimana kedua-duanya akan digabungkan sepenuhnya, memandangkan selain daripada portal, Yahoo! juga mempunyai beberapa perkhidmatan lain, termasuk Yahoo! Mail dan Messenger. Namun begitu, AOL yang pernah suatu-masa dahulu menjadi syarikat perkhidmatan dial-up mungkin ada cara mereka sendiri dalam menguruskannya kelak.

Selain daripada AOL, beberapa syarikat lain turut sama sedang dalam usaha membida Yahoo! dalam usaha untuk memiliki portal internet terkemuka itu. Sebelum ini, Yahoo! pernah menolak tawaran daripada Microsoft ketika Yahoo! diuruskan oleh Jerry Yang.


TIPS & ULASAN